Jumaat, 15 Ogos 2008
Pemuliharaan Kelip-Kelip
Kementerian Pelancongan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai langkah-langkah sesuai yang boleh diambil dalam pemeliharaan dan pemuliharaan kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.Menteri Pelancongan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan kelip-kelip Kampung Kuantan di sini. Perbincangan itu akan dilakukan secepat mungkin sebagai langkah penting dalam mengekalkan warisan alam yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara."Kita juga akan minta kementerian tersebut untuk memikirkan cara mengurangkan sampah-sarap di sepanjang sungai yang turut memberi kesan terhadap habitat kelip-kelip ini," katanya.Sementara itu, Dato’ Tengku Adnan berkata kementeriannya juga akan berbincang dengan Majlis Daerah Kuala Selangor bagi menempatkan seorang pemandu pelancong bagi mengiringi setiap pendayung untuk memberi penerangan kepada pelancong asing."Terdapat ramai pelancong dari negara China dan Arab, jadi perlu adanya seorang pemandu pelancong kerana kebanyakan pendayung terdiri daripada penduduk tempatan dan kurang fasih berbahasa Inggeris," katanya.Kelip-kelip Kampung Kuantan merupakan destinasi pelancongan di Selangor yang semakin diancam kepupusan disebabkan berkurangnya pokok berembang yang menjadi habitat kelip-kelip akibat pembangunan pesat dan sungai yang semakin tercemar.
Ahad, 10 Ogos 2008
Jumaat, 8 Ogos 2008
Spesies-spesies kelip-kelip di seluruh dunia
USAPhotinus pyralis
•Paling biasa ditemui.
•Dituai secara komersil untuk industri biokimia.
JepunLuciola cruciata
•Genji firefly.
•Spesie terlindung negara ini.
•Bandar Santo menubuhkan Firefly Protection Ordinance (1972), dipinda pada tahun 1997.
•Laluan air dan sungai bandar itu digazetkan sebagai sanctuari kelip-kelip
•Sistem pengekalan Genji firefly– persekitaran sungai buatan.
AustraliaLuciola australis
•Lampyridae Australia yang pertama diberi nama saintifik dan diperjelaskan.
BAGAIMANA CAHAYA ITU DIHASILKAN
Luciferase (enzim) dibebaskan. Sistem respitori kelip-kelip membekalkan oksigen kepada segmen yang mengandungi enzim itu. Luciferin teransang – proses oksidasi berlaku. Oxyliciferin terhasil bersama produk sampingan, CAHAYA. Aktiviti ini berlaku di dalam sel-sel photocyte. Kehadiran ATP memastikan kelipan cahaya adalah berterusan. “Cahaya sejuk” – tiada sinar UV atau infra merah, penghasilan cahaya yang efisien, 96% adalah tenaga cahaya.
Apa itu kelip-kelip?
Kelip-kelip bukan lalat. Kelip-kelip merupakan sejenis kumbang. Kelip-kelip tidak menghasilkan api. Kelip-kelip menghasilkan cahaya dengan hampir tanpa menggunakan haba.
Hampir terdapat 2,000 spesies kelip-kelip di seluruh dunia. Serangga ini berada di seluruh dunia kecuali di Kutub Utara dan Selatan.
Nama panggilan kelip-kelip di seluruh dunia
Jepun - Hotaru
U.S.A - Lightning bug
Jamaica - Blinkies
Portugal - Pirilampo
Finland - Kiiltomato
Malaysia - Kelip-kelip / Kunang-kunang

Kenapa mereka berkelip?
Mereka mencari cinta sejati
Kebanyakan spesies berkelip atau mengeluarkan cahaya kerana mereka sudah bersedia untuk membiak. Berkelip adalah cara mereka untuk berkata “Hi, boleh berkenalan?”.
Namun, sesetengah spesies gunakan tarikan feromon.
Mereka mahu makan
Betina daripada spesies dalam genus Photuris meniru corak kelipan spesies yang lain untuk menarik perhatiannya. Sejurus mangsa mendekati, sang betina terus membaham!
Mereka tidak mahu dimakan
Larva kelip-kelip mengeluarkan cahaya sebagai amaran kepada pemangsa. Ini adalah cara mereka untuk memberitahu, “Jangan dekat! Saya tak sedap!”

Langgan:
Ulasan (Atom)

Eropah