Kemenangan Kami

Pada 28 Ogos 2008, sekolah kami telah ke TNBR Bangi bagi menghadiri pertandingan kemuncak pemuliharaan kelip-kelip di Kampung Kuantan. Kategori yang dipertandingkan adalah projek mini terbaik, pembentangan kumpulan terbaik, 'presenter' terbaik, penilaian keseluruhan, dan hadiah khas juri. Sekolah kami telah mendapat tempat kedua dalam projek mini terbaik dan tempat kedua dalam penilaian keseluruhan. Fateen Fara Aziela dari kumpulan kami telah terpilih sebagai 'presenter' terbaik. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TNB yang memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan seperti ini. Tidak lupa juga kepada semua pelajar SMK Cyberjaya yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam melaksanakan pertandingan ini.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Spesies-spesies kelip-kelip di seluruh dunia

USA

Photinus pyralis

•Paling biasa ditemui.
•Dituai secara komersil untuk industri biokimia.

Jepun

Luciola cruciata

•Genji firefly.
•Spesie terlindung negara ini.
•Bandar Santo menubuhkan Firefly Protection Ordinance (1972), dipinda pada tahun 1997.
•Laluan air dan sungai bandar itu digazetkan sebagai sanctuari kelip-kelip
•Sistem pengekalan Genji firefly– persekitaran sungai buatan.

Australia

Luciola australis

•Lampyridae Australia yang pertama diberi nama saintifik dan diperjelaskan.

Eropah

Lampyris noctiluca

•Jantan

- rupa seperti kumbang biasa, bersayap dan boleh terbang.

•Betina

- saiz 2 kali ganda lebih besar dari jantan
- larviform.








Tiada ulasan: