Kemenangan Kami

Pada 28 Ogos 2008, sekolah kami telah ke TNBR Bangi bagi menghadiri pertandingan kemuncak pemuliharaan kelip-kelip di Kampung Kuantan. Kategori yang dipertandingkan adalah projek mini terbaik, pembentangan kumpulan terbaik, 'presenter' terbaik, penilaian keseluruhan, dan hadiah khas juri. Sekolah kami telah mendapat tempat kedua dalam projek mini terbaik dan tempat kedua dalam penilaian keseluruhan. Fateen Fara Aziela dari kumpulan kami telah terpilih sebagai 'presenter' terbaik. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TNB yang memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan seperti ini. Tidak lupa juga kepada semua pelajar SMK Cyberjaya yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam melaksanakan pertandingan ini.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Pemuliharaan Kelip-Kelip

Kementerian Pelancongan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai langkah-langkah sesuai yang boleh diambil dalam pemeliharaan dan pemuliharaan kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.Menteri Pelancongan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan kelip-kelip Kampung Kuantan di sini. Perbincangan itu akan dilakukan secepat mungkin sebagai langkah penting dalam mengekalkan warisan alam yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara."Kita juga akan minta kementerian tersebut untuk memikirkan cara mengurangkan sampah-sarap di sepanjang sungai yang turut memberi kesan terhadap habitat kelip-kelip ini," katanya.Sementara itu, Dato’ Tengku Adnan berkata kementeriannya juga akan berbincang dengan Majlis Daerah Kuala Selangor bagi menempatkan seorang pemandu pelancong bagi mengiringi setiap pendayung untuk memberi penerangan kepada pelancong asing."Terdapat ramai pelancong dari negara China dan Arab, jadi perlu adanya seorang pemandu pelancong kerana kebanyakan pendayung terdiri daripada penduduk tempatan dan kurang fasih berbahasa Inggeris," katanya.Kelip-kelip Kampung Kuantan merupakan destinasi pelancongan di Selangor yang semakin diancam kepupusan disebabkan berkurangnya pokok berembang yang menjadi habitat kelip-kelip akibat pembangunan pesat dan sungai yang semakin tercemar.

Tiada ulasan: