Kemenangan Kami

Pada 28 Ogos 2008, sekolah kami telah ke TNBR Bangi bagi menghadiri pertandingan kemuncak pemuliharaan kelip-kelip di Kampung Kuantan. Kategori yang dipertandingkan adalah projek mini terbaik, pembentangan kumpulan terbaik, 'presenter' terbaik, penilaian keseluruhan, dan hadiah khas juri. Sekolah kami telah mendapat tempat kedua dalam projek mini terbaik dan tempat kedua dalam penilaian keseluruhan. Fateen Fara Aziela dari kumpulan kami telah terpilih sebagai 'presenter' terbaik. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TNB yang memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan seperti ini. Tidak lupa juga kepada semua pelajar SMK Cyberjaya yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam melaksanakan pertandingan ini.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Apa itu kelip-kelip?

Kelip-kelip bukan lalat. Kelip-kelip merupakan sejenis kumbang. Kelip-kelip tidak menghasilkan api. Kelip-kelip menghasilkan cahaya dengan hampir tanpa menggunakan haba.

Hampir terdapat 2,000 spesies kelip-kelip di seluruh dunia. Serangga ini berada di seluruh dunia kecuali di Kutub Utara dan Selatan.

Nama panggilan kelip-kelip di seluruh dunia

Jepun - Hotaru

U.S.A - Lightning bug

Jamaica - Blinkies

Portugal - Pirilampo

Finland - Kiiltomato

Malaysia - Kelip-kelip / Kunang-kunang

Tiada ulasan: