Kemenangan Kami

Pada 28 Ogos 2008, sekolah kami telah ke TNBR Bangi bagi menghadiri pertandingan kemuncak pemuliharaan kelip-kelip di Kampung Kuantan. Kategori yang dipertandingkan adalah projek mini terbaik, pembentangan kumpulan terbaik, 'presenter' terbaik, penilaian keseluruhan, dan hadiah khas juri. Sekolah kami telah mendapat tempat kedua dalam projek mini terbaik dan tempat kedua dalam penilaian keseluruhan. Fateen Fara Aziela dari kumpulan kami telah terpilih sebagai 'presenter' terbaik. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TNB yang memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan seperti ini. Tidak lupa juga kepada semua pelajar SMK Cyberjaya yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam melaksanakan pertandingan ini.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Kenapa mereka berkelip?

Mereka mencari cinta sejati

Kebanyakan spesies berkelip atau mengeluarkan cahaya kerana mereka sudah bersedia untuk membiak. Berkelip adalah cara mereka untuk berkata “Hi, boleh berkenalan?”.
Namun, sesetengah spesies gunakan tarikan feromon.

Mereka mahu makan

Betina daripada spesies dalam genus Photuris meniru corak kelipan spesies yang lain untuk menarik perhatiannya. Sejurus mangsa mendekati, sang betina terus membaham!

Mereka tidak mahu dimakan

Larva kelip-kelip mengeluarkan cahaya sebagai amaran kepada pemangsa. Ini adalah cara mereka untuk memberitahu, “Jangan dekat! Saya tak sedap!”

2 ulasan:

Masterpiece berkata...

info yang menarik...kami juga berkongsi tentang kelip-kelip di Kg Kuantan...kunjungilah blog kami dan jadi lah follower di http://masterpiece-kgkuantan.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

opppss hahah bole copy